FUNGSI DAN TUGAS FRONT OF HOUSE ( FOH )

Di dalam sebuah seni persembahan, Front of House (FOH) adalah bahagian dari tempat persembahan yang terbuka kepada orang ramai. Skop pekerjaannya pula  terdiri daripada bahagian auditorium dan lobi, berbanding dengan pentas dan kawasan belakang pentas. Di dalam sebuah persembahan, Front of House bertanggungjawab untuk menjualan tiket, minuman, dan memastikan auditorium ditetapkan dengan betul. Bukan sahaja dari segi itu, terdapat juga beberapa bahagian yang dilakukan oleh FOH antaranya dengan menyediakan draft untuk mengemas serta membuat perhiasan di bahagian hadapan agar ianya nampak lebih kemas dan teratur dan akan mencerminkan segala-galanya sebelum berada di dalam auditorium itu. Penyediaan tempat duduk dan vip adalah sangat diutamakan dalam hal ini kerana Sebagai krew FOH hendaklah mengetahui dimana posisi tempat duduk VIP, Tenaga pengajar, ibubapa dan penonton yang lain.

Disamping itu, juga turut menyediakan risalah tentang program yang dilakukan contohnya isi-isi yang ingin disampaikan semasa pementasan prosa mania itu nanti.Seterusnya ialah krew FOH adalah orang yang penting dalam mengetahui berapa orang tetamu yang tertinggi yang dijemput agar tempat mereka disediakan mengikut pangkat dan juga jawatan yang disandang. Hal ini demikian amat penting kerana setiap orang dan begitu juga dengan media yang hadir akan memberi impak yang sangat kuat terhadap prosa mania ini dan Aswara juga.

Leave a comment