SEPANTAS 5 SAAT !

Pada suatu hari dalam kelas Sir Simon….

4 July 2019 Kami diarahkan mengeluarkan sebatang pensil sehelai kertas…? Apa yang kami nak buat dalam kelas pengenalan media kali ini ?

Kami diarahkan untuk melukis apa yang disebut oleh Sir Simon dan diberi masa sebanyak 5 SAAT sahaja! Fokus dan senyap satu kelas dibuatnya, macam duduk dalam arena pertarungan. Detik masa bergerak Sir Simon mulai angkat ‘microphone’ terus kami bersedia untuk mendengar apa perkara pertama kami harus lukis.

Berikut merupakan perkara yang harus kami lukis dalam masa 5 saat:

  • Aiskrim
  • Kucing
  • Basikal
  • Kura-kura
  • watak Doraemon
  • ‘Fries’
  • ‘Roller Coaster’
  • Durian
  • watak Minion
  • waffle dengan aiskrim diatasnya

Usai lukisan disiapkan kami harus mengangkat tangan laju-laju dan tiada penipuan boleh dilakukan seperti : melukis semula dengan cantik, memadam semula.

Memang terabur lukisan saya dibuatnya namun sedikit sebanyak hilang bosan saya didalam kelas.

Leave a comment