Tidur,Bangun PROSA

Bercoretan tentang Seni persembahan sudah tentu kita tahu ianya memerlukan pelbagai jabatan untuk menjayakan sesuatu persembahan. Meletakkan nama di dalam penjagaan kostum untuk Prosa Mania iaitu penilaian akhir asasi seni kreatif ASWARA sesi 2018/2019 memberi diri ini satu pengalaman yang baru. Walaupun hanya sebagai pembantu yang mencari kostum yang sesuai kepada watak-watak penceritaan prosa namun fokus saya lebih mendalam apabila memahami keseluruhan cerita yang ingin disampaikan. Dari kepala hingga hujung kaki perlu diambil tahu. Dari pakaian hingga aksesori harus dipilih dengan teliti.

Ketua kumpulan telah menetapkan tugasan masing-masing dan saya serta ahli lain mengadakan beberapa perjumpaan setiap kali melawat latihan teater yang dijalankan untuk mengenalpasti dengan lebih jelas kostum yang ingin dipakai oleh setiap watak. Dari segi warna,pembawaan kostum oleh watak dibincangkan dengan lanjut.

Kami juga beberapa kali melawat bilik kostum untuk memastikan pakaian dan aksesori yang ingin digunakan cukup lengkap pada hari berlakunya persembahan tanpa sebarang cela dan sudah pastinya untuk ke bilik kostum memerlukan surat kebenaran yang telah berjaya diperoleh oleh ketua kumpulan jabatan kostum Prosa Mania.

Dalam perbincangan ahli kostum juga terdapat olahan idea dibuat dari kalangan kami untuk menjadikan ianya lebih unik dan menarik perhatian penonton. Kami berkongsi idea dan mengeluarkan ‘design‘ baru untuk pemakaian watak-watak

Kami membuat beberapa draf untuk menilai setiap idea kami sebelum dibentangkan kepada Encik Adika untuk membuat penilaian akhir kostum-kostum watak Prosa Mania. Apa yang harus ada dalam diri kami sepanjang melakukan tugasan ini ialah

  • Kesabaran
  • Kerjasama
  • Rajin
  • Tanggungjawab
  • Kreatif

Apa yang penting sepanjang berada di dalam ahli kumpulan ini ialah ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tidak terlalu stress dan tidak terlalu sesak yang pasti setiap ahli memberi kerjasama yang baik dan sentiasa fokus apabila melakukan tugasan.

Picture by Prosa Mania

Leave a comment