PERJALANAN….

Genap satu semester kami pelajar asasi aswara sesi 2018/2019 menempuh cabaran dalam pembelajaran. Akhirnya semester akhir ini kami mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat dalam setiap bidang yang kami pilih. Kami sebagai pelajar asasi harus menjayakan persembahan besar pada semester akhir bernama Prosa Mania.

Setiap daripada pelajar mempunyai tugasan masing-masing untuk kami lebih memahami cabang yang kami pilih. Walaupun penilaian hanya dibuat kepada pelajar pengurusan namun, satu kumpulan asasi diarahkan untuk membantu mereka (pelajar pengurusan) dalam masa yang sama dan membuatkan kami lebih memahami apa yang harus dikerjakan di dalam sesebuah persembahan seni.

Dari hari pertama tugasan diagihkan dari muzik,tarian,animasi,film,lukisan dan lain lain dan latihan yang dijalankan, dua minggu sebelum persembahan Prosa Mania berjalan kami mengadakan latihan sepenuhnya bersama-sama. Setiap daripada kami memberi semangat yang sama walaupun mempunyai pelbagai isu namun kami cuba untuk menjayakan Prosa Mania kali ini.

PICTURE BY: IG PROSA MANIA REBOOT

12/13July 2019 Prosa Mania dijalankan di Panggung Eksperimen Aswara. Tepat jam 8:30 malam pintu dibuka kepada penonton sungguh tak dijangka apabila kedua dua hari tersebut mendapat sambutan hangat daripada penonton. Usaha yang ditunjukkan oleh setiap daripada kami memberi hasil yang mengagumkan.

Penat lelah gembira dan tangis pelajar asasi sesi 2018/2019 daripada semester 1 hingga 3 dibalas dengan kegembiraan apabila Prosa Mania yang dijalankan berjaya.

Leave a comment