A dream journey

Selangkah menuju ke asasi aswara saya tidak sangka yang kini berada di semester akhir dan melepasi ujibakat untuk ke degree. Impian untuk melanjutkan ijazah sarjana muda untuk fakulti tari berubah di semester ketiga apabila diasah bakat dicungkil minat saya memilih untuk melanjutkan ijazah sarjana muda ke fakulti teater.

Pelbagai cabaran dan perkara baru tentang dunia seni yang telah saya pelajari dan banyak juga ilmu yang saya perolehi menjadikan saya lebih memahami dunia seni dan ingin menjadi sebahagian daripada penggiat seni.

Mengharapkan perjalanan dalam pembelajaran saya pada masa hadapan dipermudahkan kerana diri amat meminati dunia seni. Setiap kali membenih impian baru saya akan cuba untuk menjadikannya sesuatu realiti walaupun agak sukar dan mencabar.

Apa yang saya tahu dalam menjalani pembelajaran Asasi ini saya telah bekerja dengan orang baru,menjalani persekitaran baru dan mencuba perkara baru yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

OH KPOP ?

Kpop? Kpop.

Sejak umur 16 tahun saya meminati ahli kumpulan BTS yang diketuai oleh Kim Namjoon mempunyai 7 ahli kumpulan dan dibangun dari syarikat kecil hingga membawa nama mereka ke persada dunia. Ianya agak sukar untuk saya mendalami dunia kpop namun apa yang saya dengar,lihat dan dengari tentang kumpulan ini menarik minat sejurus membawa saya ke ahli peminat mereka yang bernama Army.

Sejak lagu mereka iaitu ‘Save Me’ dikeluarkan,saya tertarik untuk mengetahui tentang mereka dengan lebih lanjut. Namun, yang menarik minat saya ialah apabila mereka mengeluarkan lagu DNA baru baru ini yang mencecah 786 juta tontonan di laman Youtube. Menjadikan satu lagi sejarah dalam dunia kpop, lagu DNA ini diterima oleh setiap negara dan setiap peringkat umur. Bukan sahaja dengan lirik mereka

Kesemua editing yang digunakan oleh mereka telah menjadikan ianya sesuatu yang unik dan lebih menarik untuk ditonton. Dari segi grafik dan ‘visual effects’ yang digunapakai menjadikan ia sebagai satu kelainan daripada muzik video kpop yang lain.

Pembaharuan seperti ini membolehkan generasi baru berfikiran dengan lebih kritikal untuk mencipta sesuatu yang lebih unik dan berbeza dari yang lain. BTS telah menunjukkan satu langkah kehadapan dalam muzik video mereka dan kemungkinan ianya adalah penyebab mereka mempunyai tontonan yang begitu banyak.

Cara muzik video disunting juga sangat handal dan tidak pernah dilihat dari muzik video lain dan mempunyai konsep yang tersendiri dalam setiap muzik video mereka.

picture by: pinterest.com

Langkah seorang Viner?

Pada tahun 2013, laman sosial sangat terkenal dengan aplikasi Vine yang menarik minat anak muda untuk berkongsi video pendek 6 saat yang boleh diolah oleh mereka. Namun, sejak kejatuhan aplikasi itu pada tahun 2017, di laman sosial masih mempunyai artis vine yang masih lagi membuat remaja kagum dengan video-videonya. Zachary King atau lebih dikenali dengan nama ‘Zach King’ merupakan seorang Viner Amerika dan Film maker.

Walaupun kejatuhan vine telah berlaku ketika itu namun namanya terus melojak ke laman Youtube. Dia sangat dikenali dengan ‘magic vines’ dan video pendek 6 saat. Apa yang saya amat kagumi dengan videonya ialah cara penyuntingan yang telah dilakukan.

picture by: http://www.omeroayaar.com

Dia memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dengan memulakan website pertamanya iaitu FinalCutKing.com menawarkan cara editing menggunakan program komputer. Banyak yang telah dikongsikan oleh Zach King di laman youtubenya iaitu cara menyunting video seperti yang telah dilakukannya.

Zach telah menerima sebanyak $208.8 ribu setahun dengan hasil videonya itu sahaja. Apa yang telah dikongsi olehnya telah dipelajari oleh anak muda sekarang menjadikan mereka lebih berminat dalam mendalami teknologi baru dan berkongsi idea.

Langkah Zach King telah membuka mata remaja kini untuk lebih kreatif dan berfikiran lebih terbuka dalam menceburi sesuatu ianya patut dicontohi supaya pada masa hadapan generasi lebih bijak dan berfikiran kritikal.

PERJALANAN….

Genap satu semester kami pelajar asasi aswara sesi 2018/2019 menempuh cabaran dalam pembelajaran. Akhirnya semester akhir ini kami mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat dalam setiap bidang yang kami pilih. Kami sebagai pelajar asasi harus menjayakan persembahan besar pada semester akhir bernama Prosa Mania.

Setiap daripada pelajar mempunyai tugasan masing-masing untuk kami lebih memahami cabang yang kami pilih. Walaupun penilaian hanya dibuat kepada pelajar pengurusan namun, satu kumpulan asasi diarahkan untuk membantu mereka (pelajar pengurusan) dalam masa yang sama dan membuatkan kami lebih memahami apa yang harus dikerjakan di dalam sesebuah persembahan seni.

Dari hari pertama tugasan diagihkan dari muzik,tarian,animasi,film,lukisan dan lain lain dan latihan yang dijalankan, dua minggu sebelum persembahan Prosa Mania berjalan kami mengadakan latihan sepenuhnya bersama-sama. Setiap daripada kami memberi semangat yang sama walaupun mempunyai pelbagai isu namun kami cuba untuk menjayakan Prosa Mania kali ini.

PICTURE BY: IG PROSA MANIA REBOOT

12/13July 2019 Prosa Mania dijalankan di Panggung Eksperimen Aswara. Tepat jam 8:30 malam pintu dibuka kepada penonton sungguh tak dijangka apabila kedua dua hari tersebut mendapat sambutan hangat daripada penonton. Usaha yang ditunjukkan oleh setiap daripada kami memberi hasil yang mengagumkan.

Penat lelah gembira dan tangis pelajar asasi sesi 2018/2019 daripada semester 1 hingga 3 dibalas dengan kegembiraan apabila Prosa Mania yang dijalankan berjaya.