PROSA MANIA ‘REBOOT’ 2019

CREDIT TO DINIE

Pada tarikh 12- 13 Julai 2019, baru – baru ini, Asasi seni kreatif Aswara telah mengadakan sebuah produksi akhir iaitu Prosa Mania yang bertempat di Panggung Eksperimen Aswara. Saya selaku ketua untuk ‘Front of House’ (FOH) dikehendaki untuk mengatur segala gerak kerja krew agar menjadi lebih teratur. Bukan itu sahaja kehadiran tetamu yang kehormat hendaklah disediakan tempat yang sewajibnya begitu juga dengan media, tenaga pengajar,  tenaga tajaan yang telah menaja produksi ini dan orang kurang upaya. Pada prosa kami pada kali ini terdapat beberapa orang kurang upaya juga turut hadir menyokong. Jadi mereka haruslah diletakkan ataupun kami haruslah menyediakan tempat yang sepatutnya begitu juga dengan orang tua.

Pada kedua- dua hari  kejadian dengan tidak sangka panggung eksperimen dipenuhi dengan ramai penonton ataupun boleh dikatakan  sebagai ‘Full House’. Pada hari keduanya terdapat yang duduk di karpet yang disediakan da nada juga yang duduk di bahagian atas kerana tidak cukupnya tempat duduk yang sedia ada. Saya termasuk krew yang lain mulai gelisah kerana pertama kali mengendalikan penonton sebanyak itu walaupun selama ini saya pernah diberi peluang untuk menjadi krew untuk FOH dan hanya untuk menjaga list kedatangan sahaja.

Cabaran yang kami hadapi adalah untuk mengawasi keluar masuk penonton yang hendak ke tandas, lambat masuk ke panggung dan ingin keluar untuk menenangkan anak kecil mereka. Lebih mencabar lagi apabila kedua bahagian pintu masuk tersebut adalah laluan untuk keluar masuk pelakon. Hal ini demikian, saya sangat berterima kasih kepada kawan – kawan yang lain  yang sangup  membantu dengan serta merta. Hal ini juga tidak boleh untuk menyalahi sesiapa kerana akan ada perkara sebegitu terjadi dimana – mana teater yang sering dilakukan.

Dengan perkara diatas ianya mengajar saya sebagai ketua dan krew lain untuk lebih konsisten dan memberi lagi lebih tumpuan untuk mengawal situasi tersebut. Dan juga hendaklah sentiasa memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada masa akan datang.

Leave a comment